Saturday, 14 April 2012

Membudayakan ICT Di Kalangan Jururawat

Impak globalisasi dan perkembangan ICT menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam bidang kejururawatan. Kualiti   perkhidmatan akan bertambah baik jika ICT digunakan dan diterapkan kepada semua jururawat kerana ia  boleh meningkatkan mutu perkhidmatan serta dapat melahirkan jururawat berpengetahuan dan celik IT. Untuk membudayakan ICT dikalangan jururawat, beberapa langkah perlu diambil untuk membentuk jururawat bermaklumat menerusi penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh.
Oleh itu saya perlukan beberapa komen atau cadangan dari rakan- rakan untuk kenyataan diatas. Sila nyatakan nama dan nombor matrik anda. Sekian terima kasih.

13 comments:

  1. 1. Penggunaan ICT pada masa kini dikalangan jururawat memainkan peranan yang penting kerana ianya dapat membantu jururawat untuk melakukan jagarawatan keatas pesakit dengan lebih efisien dan selamat.
    2. Pada masa kini kebanyakan wad – wad terutamanya di PPUKM menggunakan komputer dan komputer riba secara meluas bagi mengakses data- data peribadi pesakit, proses kemasukan dan proses discaj dari wad.
    3. Halangan – halangan yang mungkin dihadapi oleh para jururawat adalah sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk menggunakan komputer semasa bertugas dan tidak mahir dalam menggunakan komputer atau komputer riba.
    4. Disisini saya ingin memberikan cadangan supaya para jururawat dapat menghadirkan diri dalam kursus- kursus yang melibatkan penggunaan komputer dengan lebih kerap supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer mereka.
    5. Penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer dapat membantu dalam proses membantu dalam perawatan pesakit dan dapat membantu dalam pemberian maklumat seperti berkenaan dengan penyakit dan ubatan.

    ReplyDelete
  2. salam..
    tidak dinafikan jururawat pada masa sekarang terlalu sibuk dengan tugas seharian di wad dalam memberi jagarawatan kepada pesakit,tetapi untuk seiring dengan kemajuan masa kini jurawat hendaklah lebih peka dengan perkembangan teknologi masa kini.Jangan menjadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu menahu dan tidak mahu mengambil tahu tentang perkembangan terkini dunia perubatan.Dunia perubatan pada masa sekarang berkembang dengan pesat dan berlaku banyak perubahan dengan terlalu cepat.Kesedaran perlu ada pada setiap jururawat agar dapat memastikan tidak ada istilah " buta IT" di kalangan kita.Sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. butterfly = anum abd halim
      no matrik:A134851

      Delete
  3. teknologi amat perlu dalam dunia sekarang tanpa teknologi terasa kesukaran untuk proses pembelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekerja sebagai seorang jururawat memerlukan penambahan pengetahuan setiap masa bagi menangani setiap permasalahan penyakit.Kekangan masa antara pesakit dan pengisian ICT adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.Tetapi bagi memberi perawatan yang terbaik kepada pesakit pembahagian masa adalah amat penting agar jururawat tidak ketinggalan dalam arus teknologi ICT.

      Delete
  4. Memang tidak dapat dinafikan, dimana-mana semua orang mention pasal ICT, dengan ICT, para jururawat yang berkerja tidak perlu susah-susah lagi untuk ambil cuti tanpa gaji untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, kerana dengan adanya e-pembelajaran secara atas talian atau 'online' , ini memudahkan para jururawat untuk belajar, berinteraksi, menghantar tugasan tanpa kerap kali untuk bersemuka dengan pensyarah mereka..kartina (A135605)

    ReplyDelete
  5. Pengguna ICT adalah penting pada masa kini dalam kehidupan seharian. Ia tidak perlu di nafikan lagi contohnya penggunaan telefon bimbit, mesin Autoteller,sistem eWarga yang sememangnya di gunakan setiap hari dan sepanjang masa sama ada di bandar mahupun di luar bandar.Jururawat telah di dedahkan kepada ICT dengan secara tidak langsung....bergantung kepada inisiatif sesorang untuk mencari ilmu yang lebih banyak contohnya, sambung pengajian secara sesawang. Ini memudah bagi jururawat yang bertugas seperti ini, yang mana bertugas mengikut shif...

    ReplyDelete
  6. Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pengurusan PPUKM, jururawat dan semua pihak.
    oleh itu perlulah mewajibkan semua kakitangan menghadiri seminar atau kursus jangka pendek untuk mendedahkan bahagian kejururawatan dengan dunia teknologi yang sentiasa berkembang.
    RUFAIZIRA MOHD RUDI A134819

    ReplyDelete
  7. Penggunaan ICT yang semakin meluas amat bertepatan dengan keadaan dunia sekarang yang semakin maju.Pesakit dan ahli keluarga mudah mendapat maklumat mengenai penyakit yang dihidapi dan mereka lebih gemar bertanya soalan kepada jururawat berbanding doktor.Sesuai dengan keadaan ini, jururawat perlu memahirkan diri mereka dengan ICT untuk memudahkan mereka dalam jagarawatan ke atas pesakit.

    ReplyDelete
  8. Membudayakan ICT di semua sektor amat digalakkan tidak terkecuali dikalangan Jururawat.Ini adalah seiring dengan tahap pengetahuan pelanggan dan pesakit yang semakin berkembang.Teknologi ICT perlu dikuasai oleh semua paramedik dan ianya perlulah lebih dari sekadar hanya ingin mencuba dan tahu sahaja agar kualiti ilmu dalam aplikasi ICT ini mampu menjadi perkongsian maklumat yang lebih bermakna dalam melaksanakan perkhidmatan perawatan yang diberikan.

    ReplyDelete
  9. saye rasa abgus budaya ICT diperluaskandi kalangan jururawat... Cuba kita lihat di hospital seperti hospital ampang, serdang... kebanyakkan budaya ICT telah diperluaskan... Segala maklumat mengenai pesakit... telah dimasukkan kedalam komputer...semasa round... doktor incharge hanya perlu membawa laptop untuk menlihat progress pesakit..dan segala maklumat dapat diperolehi dengan cepat... ini dapat mengurangkan penggunaan kertas...

    ReplyDelete
  10. saya juga amat bersetuju dengan kenyataan diatas, penggunaan ICT adalah penting dalam mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan mutu kerja jururawat

    ReplyDelete
  11. Kini peranan JURURAWAT bukan hanya sebagai orang tengah antara doktor dan pesakit, malahan jururawat turut memberi nasihat, mendidik pesakit dan keluarga mereka berkaitan isu-isu penjagaan kesihatan. Dengan ini, jururawat perlu melangkah kehadapan dan bergerak jauh daripada tugas tradisi hanya menjaga pesakit dan mempelajari ilmu berkaitan penjagaan pesakit sejajar dengan perkembangan penjagaan kesihatan terkini. Oleh yang demikian keperluan teknologi dan inovasi dalam penjagaan kesihatan adalah perlu di negara membangun seperti Malaysia.

    ReplyDelete