Saturday, 14 April 2012

Membudayakan ICT Di Kalangan Jururawat

Impak globalisasi dan perkembangan ICT menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam bidang kejururawatan. Kualiti   perkhidmatan akan bertambah baik jika ICT digunakan dan diterapkan kepada semua jururawat kerana ia  boleh meningkatkan mutu perkhidmatan serta dapat melahirkan jururawat berpengetahuan dan celik IT. Untuk membudayakan ICT dikalangan jururawat, beberapa langkah perlu diambil untuk membentuk jururawat bermaklumat menerusi penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh.
Oleh itu saya perlukan beberapa komen atau cadangan dari rakan- rakan untuk kenyataan diatas. Sila nyatakan nama dan nombor matrik anda. Sekian terima kasih.